Buscar

Páginas

Wanita yg Mempesona

Post kali ini saya ini berkongsi sedikit ilmu ngan kengkawan suma. Semasa berblogwalking terjumpa sebuah blog ini yg sgt bermanfaat ilmunya yg saya rasa ptt share ngn kwn2 yg lain. blog ini adalah kepunyaan Ustaz Emran Ahmad. Saya penah melihat beliau dlm program2 di TV berkaitan keagamaan dan motivasi tp x sure TV apa. Saya paling suka membaca entry beliau mengenai 'WANITA'...sangat2 membuka mata dan menyedarkan saya mengenai byk perkara.

Saya tertarik dengan post beliau bertajuk "Pesona Wanita Muslimah"..entry nya mmg agak panjang tp ulasan yg bernas dan menarik membuatkan sy membaca sehingga abis...mula nya ingin copy paste je tp pjg sgt so saya akn ambik main point dan sedikit ulasan dari saya...utk membaca entry sepenuhnya bleh la ke link ini :http://ustaz.blogspot.com/2008/09/pesona-wanita-muslimah.html

Makhluk yang unik, indah dan menawan tidak lain dan tidak bukan ialah kaum wanita, mereka diciptakan dengan penuh keistimewaan dan keasyikkan. Saban waktu hidup mereka digambarkan bak bunga yang mekar mewangi di taman. Kelembutan, kecantikan dan kebaikan mereka selalu di dambakan oleh kaum lelaki kerana mereka ialah mahluk ciptaan Allah swt yang istimewa.

Intronya pn dah cukup menarik...pengertian wanita yg sungguh istimewa yg digambarkan oleh Allah...bertapa perlunya saya bersyukur kerana diciptakan sebagai seorang wanita.

Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga.

Maka mmg sepatutnya seorang wanita itu berhias tetapi mestila mengikut syarak.

Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.

Syarat menjadi wanita yg sempurna:

1.Tidak bermakna cantik tetapi mesti lawa.

Lawa bermaksud tidaklah buruk, tidak hodoh dan tidaklah tertolak tetapi seseorang itu dianggap lawa kerana disebabkan pemakaian dan cara penampilan imej seseorang yang menarik dan mampu memikat hati-hati dan mata yang melihat.

Dan sesuatu yg membuatkan wanita itu lawa ialah dia berfikir sebelum bercakap. Dalam penulisan Ustaz juga ada menyatakan wanita jarang berfikir ketika bercakap. Ini kerana golongan wanita lebih gemar bercakap mengikut emosi dan bukannya dari pertimbangan akal dan kewarasan minda. Senang cakap main lepas je apa nk lepas. Saya mengaku saya juga seorang yg begini tp tidak salah kn utk saya berubah untuk menjadi wanita yg mempesona..pesona pd keluarga, pada rakan2 dan yg plg utama pesona pada pandangan Allah SWT.


2.Tidak perlu menjadi bagus tetapi perlu menjadi orang yg baik.

Adakalanya kita melihat wanita yang hodoh, tidak cantik dan tidak pula menarik, namun kebaikan hatinya kadang-kala boleh menembusi Arasy di langit ! Para malaikat bergegar-gegar mendoakan kebaikan untuknya dan kita akan dapat lihat hidupnya berakhir dengan penuh kebaikan, keberkatan dan kegembiraan. Sekalipun mungkin tiada jodohnya di dunia ini, saya yakin tiada siapa berani menafikan keutamaan dirinya.Kita cuma perlu sedar, dia terlalu mahal untuk lelaki hina di atas muka bumi ini.

Sesungguhnya saya sangat2 tersentuh dgn kata2 ini...

3. Kaya tidak penting tetapi jangan sekali kali miskin.

Dimaksudkan oleh saya dengan kata-kata ini bahawa kekayaan itu tidak penting ialah kerana tidak semua wanita cemerlang, anggun dan pesona itu daripada golongan orang yang kaya akan tetapi tidak pernah ada wanita yang pesona itu terdiri daripada orang yang miskin meminta-minta.Ya, bukanlah bermakna miskin itu bererti miskin harta dan wang ringgit tetapi bermaksud miskin jiwa dan miskin maruah.

Wanita pesona tidaklah sama sekali miskin, mereka mungkin tiada harta tetapi pantang sekali meminta-minta. Mereka berdikari dan bersikap bersederhana dan bercukupan dengan apa yang ada serta bersabar dengan segala kekurangan dan kelemahan yang menimpa. Mereka tidaklah ghairah mengejar harta dunia seolah-olah mereka begitu terdesak dan miskin sehingga adakalanya orang-orang menyangka mereka ini merupakan wanita yang berasal daripada golongan yang kaya-raya.

Wanita yang kaya jiwanya, tenang hidupnya dan berwawasan akan menjadi cahaya dan pelita kepada lelaki. Di saat suaminya kebuntuan dia akan membantu menyinari hidup rumahtangga dengan cahaya iman, keanggunan dan kepesonaan yang tiada tandingan.

4. Kepandaian bukanlah syarat tetapi tidaklah pula bodoh.

Wanita pesona sentiasa bermatlamat, dengan ilmu dan maklumat yang mereka miliki, digunakan untuk membetulkan kembali hala tuju dan landasan yang dilalui kerana itu kita lihat, mereka tidak pernah sesat, sentiasa mendapat pertunjuk dan hidayah, sentiasa berobjektif dan jarang membuang masa atau melakukan sesuatu dengan sia-sia.

P/S: Kita tidak mungkin menjadi wanita yg sempurna tetapi kita boleh menjadi wanita yg mempesona... memahami dan menerima makna sebenar penciptaan seorang wanita di muka bumi ini mungkin akan sedikit membawa kita kepada lembaran baru yg tidak penah terfikir sebelum ini..kepada para wanita jadilah wanita yg mempesona....(Insya-Allah)...

Saya mungkin tidak cantik tetapi tak mustahil untuk menjadi lawa....
Saya mungkin tidak bagus tetapi saya ingin menjadi yg terbaik untuk yg memiliki..
Saya mungkin tidak kaya tetapi saya tidak sesekali menjadi seorang yg miskin.....
Saya mungkin tidak pandai tetapi bodoh tidak sekali kali....

"Terima Kasih, Allah"


0 Kata-kata hikmat: