Buscar

Páginas

Go..go...go Iejam;)


.....................Assalamualaikum...................

Dah hampir 2 minggu saya tak update blog...pemalas betol....hehehehe.Bukan takde cita malahan terlalu banyak yg nk cita smpai apa pn tak update kt blog ni. So kpd yg suka wat terjahan melulu yg mengatakan saya sibuk dating la...wat persediaan la...jgn merepek ye...(u know who u r kn???)hehehe;p

Ari rasanya nk update psl apa ye....okay la rasanya nk update psl my lose weight programme. Slalu dgr kn saya ni asyik ngn lose weight ja....kurang ka makin bertambah????hahaha;p. selepas abis je bln pose ritu, berat badan saya bertambah2...dan makin bertambah time raya aji aritu..tambah2 skrg ni dok ngn family berulang alik gi Bagan Serai...naik nya cuma 2kg tp bg seseorang yg nk turunkan berat tp bertambah lg 2kg ianya sesuatu yg sgt horrible...mcm nk pengsan bila naik atas penimbang tu...




Makanya, sejak 2 minggu yg lepas saya pn telah menanamkn tekad utk lbh berdisplin dalam bersenam dan penjagaan makanan. Lagi pula minggu lepas merupakan minggu yg busy untuk saya menolong dalam katering ayah.mmg mkn tunggang terbalik tapi alhamdulillah saya dpt manage dengan baik. Jadi dlm ujung minggu ritu saya pn branikan diri utk naik atas penimbang tu dan saya telah berjaya mengurangkan 1kg..walaupun 1 kg tu angka yg sikit tp saya rasa seminggu kurang 1 kg itu dah berbaloi..saya harap minggu ni pn akn kurang lg 1 kg...Setelah berpenat lelah berjogging di Mengkuang dam di mana ini merupakan rekod utk saya yg tidak penah menghabiskan larian di situ tp dlm minggu lepas saya telah berjaya melakukan start-to-end secara berulang alik....sgt berbangga kerana telah mempertingkatkn jarak larian...
Go...go...go...iejam;))))

Mengkuang dam: Ni gambar lama sebenarnya...tp nk letak gk:)
(kredit to:En.Flip n Eza)


style kn???;p;p;p


Sesuatu yg kita terlupakan....

Kita sebagai manusia mmg tidak lari dari melakukan kesilapan dan kadang2 lupa dan lalai dalam menjaga perkara yg dipertanggungjawapkan kepada kita...kadang2 kita sering kata "rileks la..xde apa2 la..." bila mana ada yang menegur kita suruh berhati2...bila mak ayah tegur jgn blk lewat mlm kita pula menjawab "xde apa la...saya dh besar..pandai jaga diri"....tapi tahukah kita sesuatu yang sering kita terlupakan???

Malang tak berbau..selalu kita dgr peribahasa ini kn....tp berapa ramai orang yg betul2 ambik berat mengenai hal ini....saya juga termasuk golongan ini...yang apa bila ditegur jangan buat itu...jangan buat ini...saya akn sekeras- kerasnya membantah penuh keyakinan bahawa takkan ada perkara buruk yg akan berlaku pada saya......semalam sesuatu telah berlaku kepada kawan saya....dan saya rasa sgt terpukul dgn apa yg berlaku ke atas nya.perkara yang saya sering abaikan dan terlupakan mengenai betul2 batang idung saya...sedih...sgt sedih...

Tapi Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui Dia memilih kawan saya utk menerima ujian ini.....saya??Saya sangat2 bersyukur ke hadratNya...sesungguhnya dia Maha Kaya dan Maha Penyayang terhadap saya....Dia memberikan perlindungan yang sungguh besar kepada saya. Diselamatkan-Nya saya dari menempuh ujian yg besar ini...jika hal ini berlaku kepada saya...saya tidak pasti masih kah arini ini saya dpt menghidup udara segar pemberian-Nya, menikmati keindahan ciptaan-Nya dan menyayangi insan2 yg sayangi saya.....Terima Kasih Ya Allah atas perlindungan-Mu ini....

Tapi kawan saya, saya mmg simpati atas dirinya tetapi saya yakin ujian yg Allah datangkan kepada-Nya adalah hikmah yg sangat besar utk menguji dirinya...Saya harap dia akn tabah dan menjalani kehidupan ini dengan cekal.Saya yakin dia mampu menghadapinya kerana dia seorang yg kuat.

Mulai arini saya telah berjanji pada diri saya, saya tidak akan sesekali membantah larangan dan teguran sesiapa saja yg sebernarnya bertujuan utk melindungi diri saya...saya tahu mereka sayangkan saya sebab itu mereka menegur saya...Terima kasih kepada mereka2 yg selalu menegur saya.saya sedar kini terguran2 ini bkn untuk menghalang ataupn mengongkong idup kita tetapi mereka sayangkan kita...

Saya ingin kongsikan beberapa amalan yg bleh kita lakukan selain dari sentiasa beringat dan sentiasa ada keselamatan pada diri supaya jika terjadi sesuatu yg tidak dingini kita dapat mempertahankan diri. Amalan2 seperti membaca Ayatul Kursi dan 3 Ghul sememangnya pada saya sangat mujarab. Seperti mana yang kita sering dgr bahawa amalan membaca Ayatul Kursi dan 3 Ghul sebelum tidur mempunyai zat-Nya yg tersendiri. Saya sering amalkan bacaan ini walaupn sebelom ini tiada perkara buruk yg terjadi tetapi setelah kejadian semalam saya pasti dan yakin seyakinnya yg amalan tersebut telah memelihara seharian saya...dan saya yakin itu...
Jadi, kepada kawan2 yg saya sayangi sekalian, perlengkapkan diri dgn alat2 keselamatan diri serta jangan dilupa amalan2 sunnah dari Rasulullah kita...

Terjemahan Ayat Kursi.
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

HIKMAH:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan
berada dlm lindungan Allah SWT hingga
sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan
dia daripada masuk syurga kecuali maut
dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah SWT memelihara akan
dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan
ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg
benar, pahala nabi2 serta Allah
melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya -
mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia
adalah seperti orang yang berperang
bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat
Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah SWT berkenan memberi pertolongan
kepadanya.


p/s: DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akn pergi. Allah turunkan sesuatu ujian kepada kaumnya bukan utk melemahkan mereka tetapi utk memberi kekuatan kepada mereka.Allah Maha Mengetahui.