Buscar

Páginas

Aku,Kamu dan DIA

Aku cuma aku
Aku bukan kamu
Aku tak mungkin menjadi kamu
Kerna aku adalah aku

Aku tak mengharapkan sesuatu yang banyak
Aku juga tak mengharapkan kesempurnaan
Aku cuma insan biasa
Yang diciptakan oleh Dia
Untuk aku menikmati keindahan ciptaan dari Dia
Untuk aku berpeluang mengenali pelbagai ragam
Berpeluang mengenali kamu

Mungkin masa terlalu singkat
Mungkin juga masa akan menjadi lebih panjang
Tapi aku cuma aku
Cuma ingin menyimpan sebingkis perasaan
Kerna Dia ciptakan aku punya hati
Hati yang kadang-kadang kurang pasti
Akan ku cari kepastian itu
Kerna aku diajar untuk meminta
Meminta pada Dia yang Maha Pemurah

Aku cuma aku
Yang masih kurang mengenai segala ilmu
Dunia mahupun akhirat aku masih mencari
Tercari diriku yang masih tidak pasti
Di mana kepastian itu...
Aku kadang-kadang makin keliru
Keliru diriku yang masih tak pasti

Kamu seperti kamu
Yang jauh dari Aku
Kamu masih dalam pelayaran mencari diri kamu
Kamu punya pendirian begitu juga dengan aku
Aku mungkin cuma secebis kotoran
Yang akan lupus setelah dibersihkan oleh kamu

Aku cuma ada Dia
Dia yang sering mendengar keluhanku
Dia yang selalu sayangkan aku
Dia yang tak pernah putus asa terhadap aku
Dia yang selalu bersamaku setiap perjalananku
Dia yang tak pernah lupakan aku walau sedetik
Dia...Dia...Dia yang menjadikan aku seperti hari ini
Kepastian yang aku cari itu hampir kerana Dia
Aku pasti dan yakin kerna aku di sini sebab Dia yang sayangkan aku
Aku cuma aku...



Nukilan : Minami @ Iejam

Pauh Inn, PTSS, Perlis
12.33 AM
18 Mac 2010



2 Kata-kata hikmat:

serol

xkuasa jiwang...

~~MiNaMi a.k.a IejAm~~

uols ni...xde jiwa sastera lgsg...