Buscar

Páginas

Si Pemain dan Si layang2

Kadang2 pernah tak kita terpikir tatkala melihat layang2 terbang bebas di angkasa membuatkan kita terfikir sejenak "Bertapa gembiranya si layang2 di atas sana...berada di atas seperti tak ingin kembali turun". Melihat layang2 itu membuatkan rasa ingin terus ia berada bebas di atas sana kerana itu la tempat yang dia sukai.Dilihat di bawah pulak si pemain setia mengawal tali layang2 itu agar layang itu tidak terbabas atau hilang kawalan.

Begitu la konsep ibu bapa terbaik pada pendapat aku di mana mereka membiarkan anak2 melakukan apa2 yang dingini tetapi dalam masa yang sama mereka sentiasa memegang tali 'halimunan' agar kita tidak hilang kawalan atau jauh dari pantauan mereka.

Apa kata, melalui contoh layang2 ini juga tapi kita melihat dari situasi yang berbeza.

Kadang2 pernahkan kamu terfikir, si pemain layang2, apabila melihat layang2 nya gembira di atas sana dan dia mungkin terfikir untuk melepaskan layang2 itu kerana dia merasakan dia terlalu mengawal layang2 itu untuk terus terbang tinggi?Adakah kamu pernah terpikir yang mungkinkah apabila melepaskan layang2 itu dia akan jatuh terhempas?dan Adakah mungkin apabila melepaskan layang2 itu dia mungkin akan tersangkut pada puncak gunung iaitu tempat tertinggi yang paling disukainya??semua persoalan itu hadir disebabkan si pemain terlalu memikirkan keinginan si layang2 agar dia mendapat kebahagian yang di ingininya.

Apa kata digantikan 'Si pemain' dengan "Anda" dan 'Si layang2' dengan "Orang yang sukar dilepaskan"...dan bagaimana jika suatu hari anda perlu melepaskan seseorang untuk pergi dari hidup anda?Adakah perlu memikirkan dia akan jatuh terhempas ataupun tersangkut pada puncak gunung.....


p/s:Kadang2 kita terlalu memikirkan mengenai sesuatu dan sehingga kadang2 kita terlupa bahawa kita telah membuat sesuatu keputusan untuk orang lain....


2 Kata-kata hikmat:

NoName

fuh... dah mcm pakar motivasi aku tgk...

~~MiNaMi a.k.a IejAm~~

hahaha.....skali skala berangan konon2 pakar motivasi;p