Buscar

Páginas

Orang kata....



Bila sebut mengenai "cinta", pelbagai persepsi yang sering kita dengar.Macam skrg ni dengan kehangatan drama Tv3 slot akasia "Nora Elena"..ramai orang telah terkena panahan cinta antara Nora dan Seth..bila bercerita mesti berkait psl drama ni...dalam fb ramai sungguh terkena barah cita ni...suma angau tgk sikap romantik seth tan.babak menarik dari kata2 nora time tgk pelangi dgn Seth di Cameron Highland.."kadang-kadang Allah turunkan hujan dalam kehidupan kita sbb dia nk bagi pelangi yang indah untuk kita"....untuk dapat cinta tak mudah,diberikan ujian dan akhirnya berkat kesabaran tu Allah berikan cinta..



Drama ayat2 cinta dr kata2 maria"cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama"....aku setuju dengan kata2 ni...memang
sangat tepat apa yg disampaikan oleh penulis skrip utk penonton nya...perasaan cinta itu hadir setelah ia suci dan halal untuk dimiliki...tetapi keinginan utk memiliki membuatkan kita melakukan apa sahaja hanya kerana keinginan kita yg membuak utk memiliki sesuatu itu...makanya ayat "cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama" adalah sangat tepat pada pendapat aku...kadang2 kita sampai hampir terlupa sama ada rs yg kita ada itu rs cinta atau cuma keinginan utk memiliki....



Aku pernah jugak dengar ayat menyatakan "cinta tanpa pengorbanan bukan cinta sejati"...seperti cerita Kassim Selamat yangsanggup membutakan matanya dari melihat org yg dicintai mengkhianati cinta nya...pengorbanan seperti inikah yang dinyatakan dalam bait tersebut??pada aku itu bukanlah maksud sebenar yg menggambarkan kata2 tersebut..walaubagaimana pn terlalu byk pendapat untuk kata2 tersebut..terpulang la persepsi masing-masing.



ada satu ayat ni dr drama jugak(kaki drama betul aku ni).."rasa cinta dan sayang itu Allah yg beri pada kita...dan jika Allah tarik balik rs tu sekejap saja dr benci menjadi sayang"...kata2 ni sangat mendalam....patut lah kita selalu dgr jgn terlalu membenci org kerana kelak kita akan jatuh sayang...tak gitu;p


kalau nk diikutkan byk betul la kata2 dari drama yg best2...sampai aku pn tak igt dh..

ramai yang berkata...jika rasa itu datang seperti berada di awangan..senyum tak lekang di bibir..mengelamun...dan yang plg kerap kedengaran "mandi tak basah, makan tak lalu,tido tak lena"...dan ada juga yg berkata seperti ada rama2 yang berterbangan di dalam perut yang membuatkan suatu perasaan yg sukar diungkapkan.Walau apa pn perasaan seseorang tp pada aku,jika dia merasa sesuatu perubahan yg pelik pada dirinya mmg benarlah...anda telah jatuh cinta...just admit..


Rasa suka, cinta,kasih dan sayang hadir bersama2 dengan kepercayaan. Percaya itu hadir setelah di yakin.Yakin itu adalah yakin kerana-Nya yang menciptakan pelbagai rasa untuk dirasai dan dikongsi oleh hamba-hamba nya bersama pasangan di muka bumi ini.Dan jika ianya hadir kenapa perlu malu dan resah ia akn ditolak...mungkin kalau golongan wanita sudah pastinya akan malu jika perasaan yg hadir itu akan ditolak oleh pihak lelaki.oleh itu perempuan selalu nya mendiamkan diri. tp tidak ada salahnya sekiranya nya mencuba.ini mmg telah dibuktikan oleh Siti Khadijah r.a isteri kepada Rasulullah S.A.W. Tidak ada salahnya jika ianya bertujuan baik dan bkn berniat untuk mengaibkan.Perkara yang baik dan dengan niat yg suci InsyaAllah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.Kita manusia hanya mampu berdoa dan yakin dengan jodoh dan takdirNya.

Jika aku berkata "Saya sayang Awak"...itu sbbnya ada rama2 dlm perut aku..
jika aku berkata "Saya rindu Awak"....sepanjang ari aku asyik2 teringat ttgnya...
Jika aku berkata "Saya benci Awak"...itu kerana aku benci diri sdiri kerana tak bisa benci dirinya...


Orang kata saya buang masa dengan awak,
Hati saya kata masa saya terisi dengan awak,
Orang kata saya ditipu oleh awak,
Hati saya kata jika ia satu penipuan biarlah ia penipuan yang indah,
Orang kata saya bodoh sebab kenal awak,
Hati saya kata saya rela diperbodohkan untuk merasa kasih sayang awak...



Manusia biasa akan merasa semua jenis perasaan suka,sayang,kasih,rindu kerana ia perasaan baik yg Allah kurniakan...
manusia biasa juga akn merasa ragu2,benci,marah dan dendam kerana ia perasaan buruk dari syaitan...
Kita manusia diberi akal utk memilih...jadi buatlah pilihan terbaik anda....

P/s:Semua kisah pasti ada penghujungnya...tp sekarang kisah kita bkn penghujungnya!!



0 Kata-kata hikmat: