Buscar

Páginas

Kuatkan Hatimu~~

Sememangnya saya seorang blogwalking yg tegar....sgt suka menjelajah blog2 popular sebabnya entry2 depa ni sgt la best ptt la bleh dpt ramai follower...tp saya takde la nk jd blogger fofular cam depa tu sbbnya bukannya rajin sangat pn nk hapdate blog...pastu update pn merapu je banyak..hehehe...cukup la sekadar kawan2 yg ada skrg...sblom ni ada jgk yg mintak url blog tp tak bg pn..segan la plak...sbb byk sgt dok meroyan dalam ni...hahaha...tetapi yg jmpa secara tak sengaja tu..pandai2 la ye...;p

Sedang ber-blogwalking tu terjumpa ayat ni di blog cik epal....dan saya sgt suka oleh itu saya nak share pd kawan2 yg saya suka;).Entry post ni kuar disebabkan soal putus tunang terhangat ms skrg ni..sapa dia..pikir2 kn la sdiri ye;p...

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.


P/S: Jodoh itu rahsia Allah, Dia yg lebih tahu siapa yg layak utk menjadi pendamping kita.Sebagai hambaNya, jangan la malu untuk meminta dariNya. Pintalah manusia yg hebat disisiNya agar kamu bisa menjadi sehebatnya...Amin..;)

0 Kata-kata hikmat: