Buscar

Páginas

Nasi Ulam

Kemarin saya tolong mak saya masak nasi ulam. Untuk resepi ni saya belum berani buat sdiri kerana saya rasa masih banyak petua yg saya perlu belajar. Ok...resepi untuk nasi ulam ni mengikut pemahaman saya ketika tlg mak saya masak.


Lebih kurang cmni la nasi ulam tu- belas ehsan google.


Bahan-Bahan:

Nasi yang telah disejukkan

Ikan tenggiri kering yang telah dibakar (ditumbuk halus)

Kerisik

Lada hitam (ditumbuk halus)


Bahan-bahan Ulam (dihiris halus):

Daun kunyit

Daun cekor

Daun pegaga

Daun bebuas

Daun beluntas

Daun ulam raja

Daun sekentut

Daun putat

Daun selom

Daun kantan

Daun kaduk

Daun gajus

Daun kari

Daun tiga cabang

Serai

Halia

Lengkuas

Bawang Besar


Cara-cara menyediakannya:

1.Nasi yang disejukkan tadi digaul rata bersama-sama dengan ulam2 yang telah dihiris halus tadi.

2.Kemudian, masukkan kerisik dan ikan tenggiri kering yg telah ditumbuk tadi.

3.Setelah digaul rata, nasi ulam sedia untuk dihidangkan.


P/S: Nasi Ulam sesuai dimakan bersama Asam Pedas Keladi dan juga rendang ayam/daging/udang.



Extra info: Kalau dilihat dari jenis2 daun2 ulaman yg diguna mmg byk...dan mungkin sesetengah org menggunakan lebih dari daun ulam yg dinyatakan di atas.Walau bagaimanapun, mungkin sesetengah org sukar untuk mendapatkan daun2 di atas so daun2 ulam boleh jika hanya terdapat mungkin 4 or 5 sahaja dan jika anda tidak mengenal jenis2 ulam..tidak menjadi masalah kerana di pasar sesetengah peniaga dh siap2 ikat ramuan ulam utk nasi ulam ini...Selamat Mencuba.





0 Kata-kata hikmat: